Menjawab fitnah yang di reka oleh page SABAHKINI2 yang mengatakan 5,000 ekar tanah di Kg Long Mio Sipitang di berikan kepada orang luar!

Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan tanah seluas 5,000 ekar kepada orang luar bertempat di Kg Long Mio, Sipitang dan Sabah Forest Industries Sdn Bhd, (SFI) adalah milik syarikat persendirian dan Kerajaan Negeri Sabah tiada kuasa ke atas SFI,

Menurut Pengarah Tanah dan Ukur En Bernard Liew Chau Min Menegaskan bahawa Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan permohonan tanah seluas 5,000 di Kg Long Mio bertempat di sipitang kepada orang luar seperti tuduhan liar dari Page SABAHKINI2 yang tular di media social baru-baru ini, menurut pengarah Tanah Dan Ukur En Benard Liew pengukuran Lot-lot tanah untuk Anak Negeri di bawah program PANTAS telah dijalankan dan sebahagian geran-geran tanah telah di serahkan kepada penduduk kampung,

Menyentuh tentang surat permohonan oleh En Antanyu Bin Nurhaji yang mengandungi nota bidai YAB Ketua Menteri, Sebenarnya bukanlah merupakan kelulusan penuh kerana Jabatan Tanah dan Ukur banyak menerima Surat permohonan yang serupa yang mengandungi nota bidai YAB Ketua Menteri Sabah atau Menteri-menteri yang berkenaan, untuk meluluskan sebarang permohonan ianya perlu mengikut perundangan dan prosuder yang di tetapkan dan ianya perlu di proses di peringkat daerah dan di bawa ke mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah daerah untuk saringan dan diputuskan sebelum dimajukan kepada ibu pejabat Tanah dan Ukur, kebiasaannya hanya penduduk setempat sahaja yang boleh di berikan pertimbangan..

Untuk makluman Page SABAHKINI2, Sabah Industries Sdn Bhd (SFI) adalah merupakan Syarikat persendirian bukan milik Kerajaan Negeri Sabah, sikit kupasan sejarah berkaitan SFI untuk pengetahuan SFI ini telah di beli oleh LION GROUP dan kemudian nya di beli lagi oleh Syarikat dari INDIA, dan semua transaksi penjualan serta pembelian SFI ini berlaku semasa pemerintahan Kerajaan terdahulu lagi, kemudian Syarikat dari INDIA sedang menghadapi masalah dan SFI kini ditadbir oleh ‘RECEIVERSHIP’ dam sekali lagi ingin di nyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak ada kuasa terhadap Syarikat SFI!

Saya cabar Admin SABAHKINI2 sekiranya fitnah yang kamu reka itu benar sila lah buat laporan Polis! Jangan suka membuat tuduhan dan fitnah untuk cuba untuk mengelirukan rakyat Sabah, SABAHKINI2 ni page Sampah yang tidak kenal dosa hidup dalam kemunafikan!

sumber : http://www.dailyexpress.com.my/news/146754/no-sipitang-land-alienated-to-outsiders-dept/

Share this