SICC – DI TELAN MATI EMAK DI LUAH MATI BAPA

Berita Utama

Sabah International Convention Centre (SICC) – DI TELAN MATI EMAK DI LUAH MATI BAPA

SICC merupakan pusat convention yg pertama di Sabah. Ianya di ilhamkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2008. Projek ini di mulakan pembinaannya pada tahun 2013 dgn kos permulaan sebanyak 50 juta yg di sumbangkan oleh anak syarikat YS iaitu Innoprise Corporation Sdn Bhd. Yayasan Sabah telah menerima suntikan dana sebanyak 250 juta drp UKAS berbentuk geran pd tahun 2012 . Selain daripada UKAS, Yayasan sabah juga mendapatkan “Bridging Finance” daripada Ambank sebanyak 355juta sebagai dana tambahan utk membiayai pembinaan SICC.

Pada awal nya kos pembinaan SICC adalah sejumlah 530 juta. Kos ini meningkat dari tahun ke tahun sepanjang pembinaannya. Akhirnya kos pembinaan SICC mencecah RM936 juta pada 24 April 2018 sebelum PRU 14 yang pada masa itu Musa masih menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi pemegang amanah YS. Semasa pertukaran tampuk pemerintahan setelah PRU14 pada mei 2018 daripada era Musa BN kepada era kerajaan baharu Warisan led goverment di bawah pimpinan Shafie, SICC telah siap sebanyak 40% dan menelan kos sebanyak 610 juta.

Bila rakyat di dedahkan dengan kos sebenar SICC ini pasti ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya. Inilah kenyataan yang harus di terima oleh rakyat Negeri Sabah. JIka di lihat dari segi bangunan yang tersergam indah pasti ada yang rasa kagum bahkan mungkin berbangga. Namun setelah mengetahui kos pembinaan ini mencecah hampir 1 bilion pasti ada rakyat yang berfikir sebaliknya. Pandangan2 berbeza daripada rakyat Sabah pastinya wujud. Ramai yang juga berpendapat bahawa SICC sepatutnya belum di perlukan di Sabah kerana kos nya yang mencecah hampir 1 billion ini sepatutnya di gunakan utk meningkatkan prasarana2 luar bandar yg jauh ketinggalan terutamanya jalan2 raya dan juga kemudahan bekalan air bersih.

SICC mungkin boleh menjadi lambang kemegahan orang Sabah khususnya Kota Kinabalu. Namun tidak kepada rakyat yg berada jauh dari Kota Kinabalu yang pada dasarnya banyak kekurangan prasarana/infrastruktur khususnya bekalan air. Masalah bekalan air bersih ini boleh lah di katakan berlaku di seluruh Sabah termasuk Beaufort,Kota Merudu, Kudat, Tawau dan banyak lagi. Dengan kata lain SICC hanya indah di pandang tetapi rakyat Sabah keselurahannya tidak dapat sama2 merasakan nikmatnya. Rakyat Sabah sejak dulu mengimpikan pembangunan seimbang di seluruh Daerah . Rakyat Sabah sangat dahagakan infrastruktur yang baik dan isu2 infra ini sering di bahas bertahun2 di Dewan Undangan Negeri sejak era pemerintahan Kerajaan BN. Namun perkara ini seperti melepaskan batuk di tangga sehingga tumbangnya kerajaan BN di bawah pimpinan Musa.

Dengan kos yang sebegini besar pastinya bukan mudah untuk mendapatkan pulangan semula. Yayasan Sabah sudah tentu akan terbeban dengan hutang pinjaman dan berapa banyak siri convention yang harus di anjurkan untuk menghasilkan pendapatan utk membayar balik pinjaman bank serta kos2 penyelengaraan SICC. SICC indah kabar dari rupa.

SICC . Siapa harus di persalahkan MUSA atau SHAFIE?
Ramai yang menganggap Musa adalah bapa Pembangunan Sabah terutamanya penyokong2 nya dari kalangan penyokong Barisan Nasional. Pasti nantinya di kalangan mereka ramai yang menyatakan ini lah hasil bapa pembangunan dan hasil pemerintahan BN. Namun setelah mengetahui jumlah kos yang mencecah hampir 1 bilion ini yang merupakan satu pembaziran yang tidak seharusnya di buat kerana rakyat masih dahagakan infra yang baik di segenap pelusuk Negeri Sabah. Seharusnya kerajaan BN di bawah pimpinan Musa dahulu mesti mengutamakan kemudahan asas terlebih dahulu sebelum SICC supaya pembangunan seimbang dapat di nikmati oleh rakyat keseluruhannya. Ramai rakyat berpendapat SICC bukanlah satu keperluan pada masa ini memandangkan SICC ini hanya dapat di nikmati oleh segelintir saja. Ada yang mengatakan tiada guna nya bangunan besar yang tersergam indah hanya dapat di lihat tetapi tidak dapat di nikmati bahkan ada yang berang kerana wang yang di gunakan untuk membina SICC sepatutnya di gunakan utk meningkatkan infra luar bandar. Sememangnya sesuatu negara perlukan satu pusat convention yang baik untuk menarik minat pemain2 industri antarabangsa untuk mengadakan convention. Tapi dari segi konteks negeri Sabah yang infra nya serba kekurangan sebaiknya di beri keutamaan..
Selain SICC sebidang tanah yang di miliki oleh Yayasan Sabah bersebelahan dengan SICC seluas 5 ekar juga telah di jual kepada pihak pemaju dengan harga 160juta. Namun yang menyedihkan Yaysan Sabah juga di syaratkan dlm perjanjian untuk membeli semula sebuah hotel dengan harga 300juta. Perjanjian yang di buat semasa zaman era Musa Barisan Nasional adalah menjadi bebanan kpd Yayasan Sabah. Ini bermakna Yayasan Sabah terpaksa menambah 140juta lagi utk memiliki hotel tersebut sedangkan tanah 5 ekar itu adalah tanah milik Yayasan Sabah. Daripada 5 ekar tanah tersebut sebahagian saja yg dibangunkan utk Hotel yg akan di beli semula oleh Yayasan Sabah. Bangunan2 lain spt kondominium apartment dan sebagainya adalah akan di miliki oleh pihak pemaju. Adalah sangat tidak adil kepada kumpulan Yayasan Sabah kerana perjanjian yang berat sebelah sehingga Yayasan Sabah sgt terbeban dan terpaksa mengambil pinjaman beratus juta kepada bank.

Kenapa Shafie tidak memberhentikan pembinaan SICC sedangkan dia tahu kos ini mencecah hampir 1 bilion? . Bila kita lihat dari segi peratusan pembinaan pada masa peralihan kerajaan ialah sebanyak 40% dan duit yang telah di belanjakan adalah hampir 610 juta. Pada masa itu mungkin Shafie terpaksa meneruskan pembinaan ini kerana jika projek ini gagal bermakna kerugian yang di tanggung adalah lebih besar. Bak kata pepatah di telan mati emak di luah mati bapa. Daripada kos yang di tanggung oleh UKAS sebanyak 250jta dan pinjaman daripada Ambank sebanyak 350 juta serta kos permulaan dari anak syarikat YS sebanyak 50juta. Ini bermakna Shafie terpaksa memikirkan di mana sumber kewangan yang harus di ambil untuk menampung kekurangan sebanyak lebih kurang RM 300 juta lagi. Sebagai seorang Ketua Menteri apa pun cabaran dan halangannya dia pasti mencari jalan utk menyelesaikannya kerana tanggunjawab yang berat ini harus di pikul. Walau dengan apa cara sekalipun bagi Shafie , SICC harus di teruskan kerana nasi sudah menjadi bubur. Rakyat Sabah mengharapkan Shafie menggunakan kebijaksanaannya dalam menguruskan pembinaan SICC agar supaya SICC ini dapat di gunakan secepatnya untuk menghasilkan pendapatan yang maksimum agar dapat menampung bayaran balik pinjaman dan kos2 penyelenggaraan kelak.
Bila mana SICC dapat di siapkan kelak bermakna Shafie berjaya menyelesaikan cabaran pertama. Cabaran seterusnya adalah memaksimumkan penggunaan SICC agar dapat juga memaksimumkan pendapatannya. Cabaran ini sudah semestinya dapat di sahut oleh Shafie kerana beliau merupakan bekas pimpinan kanan kerajaan terdahulu selama beberapa penggal dan pernah menjawat jawatan Menteri selama beberapa penggal di beberapa kementerian. Sudah tentu shafie masih mempunyai hubungan2 baik dengan ramai tokoh2 korporat dalam dan luar negara. Shafie semestinya akan menggunakan keupayaannya dan pengalamannya untuk mengatasi cabaran berat ini.


Rakyat Sabah harus berterima kasih kpd Shafie selaku Ketua Menteri Sabah kerana telah menyiapkan dengan jayanya Sabah International Convention Centre walaupun dengan kekangan2 yang banyak dan merupakan projek sakit . Fokus Shafie untuk memakmurkan dan menjaga kebajikan rakyat Sabah harus di sokong dan di teruskan. Pembangunan yang lebih menyeluruh harus di laksanakan oleh kerajaan Warisan di bawah pimpinan Shafie dan tidak berpusat di bandar2 utama sahaja seperti kerajaan yang lalu. Pembangunan yang tidak seimbang di daerah2 lain sangat tidak adil pada kebanyakan rakyat Sabah. Rakyat sangat dahagakan kerajaan yang mendengar dan mamahami denyut nadi rakyat. Sabah harus menuju era baharu yang lebih menjaga kebajikan rakyat nya.
Pada masa yang sama Shafie juga telah mengembalikan landasan kumpulan Yayasan Sabah kembali kepada landasan sebenar Yayasan Sabah. Semenjak mengambil alih pemerintahan Shafie telah mengambil alih 30000 ekar tanah di kalabakan/serudung yang pada zaman musa di berikan kpd Kroni Musa iaitu Albert Lim usahawan borneo yang menetap di Tawau. Kawasan tanah konsesi kayu balak ini di serahkan semula kepada kumpulan Yayasan Sabah untuk di tadbir urus sendiri. Selain itu ada beberapa lagi konsesi kroni Musa Andrew Lim dari Sandakan. Tindakan Shafie menunjukkan keseriusan beliau dalam mengembalikan hak Yayasan Sabah serta hak rakyat negeri Sabah. Tahun ini Shafie telah mengumumkan bahawa anak2 Sabah yang melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam negeri Sabah akan di berikan bantuan one-off sebanyak RM1000, manakala yang ke universiti luar dari negeri Sabah akan mendapat bantuan RM 2000. Ini menunjukakan Shafie cukup jelas ingin Yayasan Sabah meningkatkan pendapatannya semaksima mungkin supaya boleh menyumbang kepada Pendidikan untuk anak2 Sabah.
Setakat ini Shafie tidak pernah memberikan konsesi kayu balak kpd mana2 syarikat dan cukup tegas untuk memastikan kayu2 balak ini harus lah di urus oleh Yayasan Sabah. Walaupun sering berdepan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah daripada pihak pembangkang terutamanya daripada portal sabahkini2, Shafie tidak gentar kerana fitnah2 begini adalah akan di tutup dengan kebenaran yang nyata. Bukan sedikit staf2 yang masih ada di pejabat2 kerajaan dan GLC terutamanya Yayasan Sabah yang masih memihak kpd Musa dan masih setia bersama Musa. Sekiranya benar Shafie ada memberikan konsesi baru kpd mana2 syarikat sudah pasti ini akan di dedahkan kepada rakyat melalui blog2 pembangkang.
Rakyat Sabah inginkan seorang pemimpn yang benar2 ikhlas dan jujur dalam memegang amanah mentadbir negeri Sabah. Sabah yang kaya dengan hasil bumi nya harus di manfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk memenuhi poket ketua Menteri seperti sebelum ini.

Share this

Leave a Reply