HARI PERNIKAHAN ANAKANDA SHAFIE BERTEMBUNG DENGAN MAJLIS PERASMIAN TILAWAH DAN HAFAZAN 16HB FEB 2020

Berita Utama

 

Majlis perasmian Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat Kebangsaan kali ke 63 yang telah rasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada 16 Feb 2020. Majlis ini di hadiri kira2 lebih 5000 orang dan penyertaan yang ramai drp seluruh negeri di Malaysia.

   Turut hadir adalah Menteri agama Dr Mujahid. Manakala Kerajaan Negeri Sabah di wakili oleh Dr Jaujan selaku Timbalan Ketua Menteri dan sekaligus menyampaikan ucapan bagi pihak shafie Ketua Menteri Sabah. Majlis ini juga di hadiri oleh 2 timbalan Ketua Menteri iaitu Cristina liew dan Wilfred Madius Tangau serta jemaah Menteri dan pembantu menteri daripada Sabah. Keharmonian negeri Sabah patut di contohi kerana kehadiran orang ramai dan tetamu jemputan juga terdiri daripada berbilang agama yang ada di Sabah.     

    Pada hari Perasmian MTHQK 2020 Shafie selaku Ketua Menteri Sabah dan sebagai tuan rumah tidak hadir. Ramai yg tertanya2 dan juga mengeluarkan kenyataan2 yg tidak benar. Ini termasuk lah pelbagai andaian dan kenyataan daripada portal Malaysiakini pd 17 Februari 2020

    Andaian2 yg di nyatakan dalam Malayskini 2.0 adalah tidak benar. Shafie tidak dapat hadir ke Majlis Tersebut kerana ianya bertembung dengan hari pernikahan anakanda lelaki nya yang telah di jadual kan awal setahun yang lalu. Persediaan pernikahan dan Majlis resepsi Rumah menantu perempuan nya pada hari yg sama di jadual kan dengan Perasmian MTHQK. Kedua2 majlis tidak dapat di tangguhkan kerana jadual masa YAB Tun Dr Mahathir juga adalah sgt ketat. Perkara ini telah pun di maklumkan awal kpd YAB Tun Dr Mahathir serta seluruh ahli jawatankuasa program cuma perkara ini tidak di maklumkan kepada umum.

    Sebenarnya sebelum program ini berlangsung Shafie sudah beberapa kali turun padang untuk memastikan semua persediaan MTHQK 2020 berjalan dengan baik dan lancar. Shafie bersama Mujahid kelihatan bersama2 ahli jawatankuasa penganjur peringkat pusat dan Negeri telah bertungkus lumus menyediakan segala keperluan bagi menjayakan MTHQK 2020 bagi kali ke 63. Di fahamkan juga bahawa Shafie secara sukarela meminta kpd Perdana Menteri supaya penganjuran MTHQK di anjurkan di Sabah.

Kepada penulis2 portal Sabahkini2 dan Malayskini 2.0 di harap bertaubat kerana kenyataan2 yang berbaur fitnah tanpa usul periksa harus di hentikan.

-TAMAT –

Share this

Leave a Reply