NGO BEBAS SUARA SABAH MEMALUKAN ??

Berita Utama

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA NGO BEBAS SUARA YANG MAHU SHAFIE LETAK JAWATAN

Menjawab Petisyen Kami mahu Datuk Seri Mohd Shafie Aspal letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah oleh NGO BEBAS SUARA Pro UMNO-STAR.

Terlebih dahulu, perlu kita semua menginsafi bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk berpolitik. Tapi oleh kerana pihak lawan tidak berhenti menyebar fitnah dan menghasut rakyat agar membenci Datuk Seri Shafie Apdal, saya merasa bertanggungjawab menepis fitnah ini.

Kesusahan rakyat Sabah seperti yang diwar war kan oleh NGO Bebas suara itu dialami oleh semua orang. Tidak kira penyokong Warisan atau penyokong BN ataupun STAR. Tahukah mereka krisis ini adalah krisis global yang dialami oleh seluruh dunia??Pihak kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Shafie Apdal telah mensasarkan bantuan kepada golongan rakyat Sabah yg terjejas terutama rakyat di luar bandar.

https://www.worldometers.info/coronavirus/coronavirus-cases/

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Parti Bersatu, UMNO, PAS, PBS , STAR dan lain lain. Tindakan menyalahkan Warisan adalah punca kesusahan yang dialalami oleh rakyat Sabah adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Krisis ini memberi impak kepada seluruh umat manusia sejagat.

Perlu diingat, tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada rakyat di Negeri Sabah bukan hanya terletak di bahu kerajaan Negeri. Kerajaan persekutuan juga banyak memberi bantuan bantuan kepada rakyat tidak kira di Sabah, Sarawak ataupun semenanjung Malaysia. Kenapa pembangkang di Sabah asyik highlight bantuan kerajaan Negeri? Sedangkan bantuan yang diberikan kerajaan Malaysia jauh lebih besar. Kerajaan Persekutuan mmg wajar memberi bantuan kpd semua rakyat dan warganegara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kita harus ingat rakyat Sabah juga berhak menerima bantuan kerajaan Persekutuan kerana Sabah juga Banyak menyumbang Dr segi hasil. Cukai2 di pungut oleh kerajaan melalui LHDN dan agensi Persekutuan lain serta pemilikan Petronas oleh kerajaan Persekutuan yg hasil nya di sumbangkan oleh kerajaan Negeri Sabah. RAKYAT SABAH ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA. Segala bantuan kerajaan Persekutuan harus di nikmati oleh Rakyat Sabah dan Sarawak.

Badan NGO tersebut claim,mereka termasuk parti parti politik selain Parti Warisan bertungkus lumus mencari dana untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat. Kami ingin beritahu anda, rakyat Sabah tidak buta. Setakat hari ini pemimpin Warisan lah yang paling banyak menghulur bantuan kepada rakyat. Kenyataan yang anda buat menunjukkan anda mencari dana dengan niat yang tidak ikhlas. Parti Warisan menghargai semua jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat. Dalam masa krisis begini, kita tidak patut mempolitikkan bantuan makanan. Sekiranya mahu bantu, bantulah dengan seikhlas hati. Kerajaan Sabah memberi bantuan tidak pernah memilih bulu. Melangkaui batasan anutan parti politik.

Kami cukup yakin, sehingga sekarang, hampir tiada rakyat sabah yang betul betul perlukan makanan, belum dapat bantuan makanan. Sekiranya ada post begitu di facebook, pimpinan kerajaan di setiap daerah akan terus pantas menghulur bantuan. NGO Bebas suara boleh lihat semua Facebook dan Page Wakil2 Rakyat Kerajaan Negeri yg setiap hari bertungkus lumus mengagihkan makanan secara berterusan. Tiada tempat yg terkecuali. Tuduhan sedemikian adalah atas niat Jahat NGO Bebas Suara Sabah kerana mgkin sengaja menutup mata sebelah atau menidakkan bantuan yg di berikan oleh YAB KM melalui UPPM dan juga wakil rakyat. NGO Bebas Suara Sabah tidak merasa malu dan bersalah????

NGO Bebas Suara menuduh Shafie menghilang semenjak PKP dilaksanakan. Apa fakta mereka menuduh begitu? Ketua Menterilah orang paling sibuk dan paling concern kepada rakyat Sabah hari ini. “ Don’t Gamble with people life. Duit dan keuntungan boleh cari. Nyawa Manusia tidak boleh diganti” . Ucapan beliau semasa ditemuramah sabah.fm yang disiarkan secara live di Facebook. Seawal PKP lagi Command Centre Covid19 di wujudkan oleh YAB KM di tingkat 26 PUSAT Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) . Command Centre ini berkerja selama 16 jam sehari. Bahkan YAB KM setiap hari berada di pejabat dan di Command Center utk mendapatkan maklumat serta menyusun bantuan utk menangani COVID-19. Bahkan sebelum PKP pun YAB KM sdh pun mengambil langkah2 tepat mengelakkan penularan corona virus di Sabah dgn menutup pintu masuk Sabah kpd pelancong asing pelbagai negara yg terjejas. Cuma, semenjak PKP, Ketua menteri banyak bergerak tidak diiringi oleh polis dan protocol. Beliau setiap hari ke pejabat, memantau bilik gerakan covid 19, memantau road block, meninjau pemberian bantuan makanan tanpa pemberitahuan dan liputan media.

Kerajaan Sabah terlebih dahulu mnenghalang flight dari Wuhan dan China memasuki negeri Sabah pada ketika kerajaan peersekutuan pun masih terkebil kebil membuat keputusan. Pada fasa ketiga PKP yang sepatutnya dikuatkuasakan lebih tegas, Kerajaan persekutuan pula memberi kebenaran Hardware, projek pembinaan, prosesional bisnes, kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan lain2 untuk beroperasi. Sehingga ditegur oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Kerajaan Sabah dengan tegas tidak mengikut arahan tersebut. Bayangkan sekiranya BN memerintah Sabah, sudah pasti mereka akan mengikut telunjuk Malaya dan mengakibatkan Covid 19 akan menjadi lebih parah di Sabah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavirus-117-penerbangan-terlibat-sabah-gantung-sementara-penerbangan-dari-china-229546

Mereka mempertikaikan pengumuman RM200 juta pakej projek infrastruktur. Tetapi golongan ini tidak pula mempertikaikan peruntukan RM2 billion kerajaan persekutuan untuk tujuan yang sama. Nampak sangat mereka ini adalah NGO upahan parti tententu. Bukan NGO BEBAS SUARA!.Projek projek infrastruktur ini akan dibuat selepas PKP berakhir. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Projek infrastruktur memberi impak besar kepada ekonomi setempat. Selain membawa pembangunan. NGO Bebas Suara harus membuat kajian terhadap pakej bantuan covid19 yg di umumkan oleh Ketua Menteri. Dlm pakej tersebut ada 3 kategori iaitu bantuan kpd Barisan hadapan, Bantuan langsung kpd rakyat yg terjejas dan pakej rangsangan ekonomi selepas PKP.
Dalam Pakej rangsangan ekonomi selepas PKP ada 3 insentif yg di berikan iaitu projek2 kecil, pinjaman Mikro utk peniaga2 kecil2an dan pinjaman IKS. Pakej2 ekonomi ini adalah utk memastikan selepas PKP ekonomi kita Terus berjalan dan mapan. Ini adalah tindakan bijak YAB KM yg harus di puji. NGO Bebas Suara Rakyat harus mengkaji pakej ini Dr segi ekonomi dan bukan terikut2 dengan tuduhan politik dan suruhan pemimpin politik pembangkang.

Peruntukan RM18 Juta dibahagikan kepada 60 DUN dengan 3 fasa. Alhamdulillah fasa kedua telah dan sedang diberikan kepada rakyat. 60 DUN x RM100,000.00 x 2 fasa = RM12 Juta. Kebijakan KM Sabah DSP Shafie Apdal kerana mmg menjangkakan PKP ini akan berlarutan maka sebab itu bantuan makanan di berikan berfasa. Utk Fasa ke 3 akan di agihkan lagi bantuan makanan pd mereka yg terjejas sebanyak 6 juta. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 18juta. Dan saya Sgt Yakin bahawa YAB KM akan menambahkan bantuan sekiranya di perlukan. YAB Ketua Menteri juga mengerahkan Wakil2 Rakyat membantu di setiap kawasan dan kebanyakan Wakil2 rakyat bertungkus lumus bahkan ada yg mendermakan gaji mereka dan juga menggunakan peruntukan sentuhan kasih bg memastikan bekalan makanan cukup utk rakyat kawasan masing2.

Syukur rakyat Sabah tidak terkecuali daripada menerima Bantuan Prihatin Nasional. Tapi NGO Bebas Suara jangan pula PRO Malaya sangat. Hasil Pendapatan Negara Malaysia banyak disumbangkan oleh minyak Sabah dan segala cukai cukai yang dipungut dari negeri Sabah. Sudah tentu ia menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menjaga kebajikan semua rakyat Malaysia termasuk

http://www.buletinsabah.com/2019/12/ma63-17-daripada-21-perkara-telah.html?m=1

NGO Bebas Suara menuduh Shafie Apdal gagal dengan memberi 11 tuduhan.Pertumbuhan

KDNK Sabah menguncup kepada 1.5% dari 8.2% sebelumya.
Perlu diingat. Pertumbuhan ekonomi dunia juga menguncup pada tahun 2018. Kerajaan Warisan memerintah separuh tahun 2018. Separuh tahun lagi siapa ketua Menteri? Takkan buat buat lupa. Lagipun, Sebagai Ketua menteri yang baru, sudah tentu beliau ingin restructuring ekonomi negeri yang sebelum itu banyak disonglap oleh kroni UMNO BN. Beri masa beberapa tahun, ekonomi Sabah akan melonjak lebih baik.


Mengubah tempoh lantikan TYT dari 2 penggal kepada Tanpa Had.
Inilah sepatutnya yang dilakukan. Membuat perkara yang betul. Sekiranya tempoh sesuatu jawatan dihadkan 2 penggal, semasa zaman BN kenapa mereka tidak hadkan tempoh menjadi ketua menteri kepada 2 penggal sahaja?. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Shafie telah mengambil keputusan yg bijak kerana Istana dan Tuan Yang Terutama merupakan lambang kebesaran negeri Sabah. Martabat Istana Negeri harus di angkat supaya lebih di hormati oleh negeri lain.

Belasan Kampung terbakar.
Ini adalah tuduhan tidak berasas. Bencana begini pun Warisan dipersalahkan. Sekiranya anda merasakan ini adalah konspirasi Warisan, silakan buat laporan polis. Bukan sebar fitnah. Tuduhan sebegini menunjukkan NGO suara Bebas pendek akal. Semasa kerajaan BN Tiada kah kebakaran yg berlaku? Di Tawau kg batu 2 DUN Apas, kg hidayat Batu 4 dun Apas dan kg Titingan DUN Apas semasa zaman wakil Rakyat BN Datuk Taufik Abu Bakar Titingan telah terbakar beberapa kali. Adakah NGO Bebas Suara tidak buat research??

https://mohammadrahmatderise.blogspot.com/2016/04/gambar-selepas-kebakaran-di-kg-titingan.html?m=1

http://sarawakia.blogspot.com/2014/10/gambar-lagi-kebakaran-kampung-di-sabah.html?m=1


PSS dibatalkan selepas Warisan kalah di Kimanis.
PSS adalah satu niat baik yang di politik kan. Walaupun begitu ini menandakan bahawa Kerajaan Warisan di bawah pimpinan Ketua Menteri DSP Shafie Apdal lebih terbuka dan mendengar suara rakyat. Bayang kan semasa Musa menjadi Ketua Menteri. GAPARI selalu menyuarakan berkenaan MA63. Apa Jawapan musa kpd Gapari.. APA REVIEW2 JEFRI, KAU TAU APA? NAJIB SDH BAGI SABAH APA YG SABAH MAHU??JEFRI U MISLEAD THE DEWAN. JEFRI U CAN COME TO MY OFFICE. Sambil suara yg marah dan ego. Ini NGO Bebas suara katakan Ketua Menteri yg baik.??? Kehebatan Seorang Pemimpin adalah yang mendengar suara rakyat dan juga wakil rakyat lain walaupun berbeza ideologi. Ini di lakukan oleh YAB KM DSP Shafie semasa di dewan. Peluang yg luas di buka utk semua wakil rakyat menyuarakan pendapat utk kepentingan Negeri Sabah dan Rakyat nya. Dalam kes Covid 19, Pengarah Kesihatan melaporkan 25% kes Covid 19 di sabah dari kluster yang tidak diketahui. Hari sebelumnya keluar berita PTI mati di Pulau gaya Positif covid 19. Bayangkan, sekiranya masalah yang diwujudkan oleh kerajaan BN ini diselesaikan. Semua PTI sebelum mereka dihantar pulang, didaftar dan diambil cop jari. Sudah tentu masalah ini tidak berlaku. Kerajaan Warisan mendengar denyut Nadi rakyat.Batalkan PSS selepas kalah di Kimanis. Tapi kenapa NGO Bebas Suara sampai hari ini tidak pula desak kerajaan persekutuan Bersatu UMNO Star selesaikan masalah PTI? Merekalah yang berkuasa sekarang ke atas IMIGRESEN. Kita lihat dan serahkan kpd Menteri Sabah dan Sarawak serta Menteri Persekutuan PN termasuk gapari supaya mendesak kerajaan Persekutuan utk menghapuskan PTI. Kami rakyat Sabah sangat mengalu2kan.

Melantik Peter Anthony menjadi Mneteri Pembangunan Infrastruktur. Kontraktor mengeluh kroni sahaja yang dapat projek.
Apa salahnya? Peter Anthony berpengalaman dalam bidang pembinaan. Sudah tentu beliau arif dalam hal pembangunan. Salahkah melantik doktor sebagai Menteri Kesihatan? Keluhan keluhan tersebut sebenarnya datang dari kontraktor kroni kroni BN!. Dahulu zaman BN siapa bolot kontrak?? Siapa di gelar KM vacum cleaner..

Melantik Amarjit sebagai pengarah Jabatan Air.
Jawatan tersebut merupakan jawatan kontrak. Semasa Amarjit memegang jawatan pengarah jabatan air, kutipan jabatan air melebihi sasaran RM285 Juta kepada RM330.2 Juta pada tahun 2019. Jabatan air lebih telus dan efisyen dibawah Amarjit. Semasa zaman BN Jabatan Air banyak skandal rasuah. RM500 juta tunai dijumpai didalam kabinet almari. Siapa KM zaman itu? Siapa lantik Pengarah Jabatan Air pd masa itu??. Tetapi yg di Canang oleh pembangkang BN, star PBS adalah kononnya shafie yg terlibat rasuah Jabatan Air. TIDAK MASUK AKAL. Jabatan air di kawal oleh kerajaan NEGERI. BOLEH TANYA MUSA DAN PAIRIN.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/107853

Perlantikan Presiden MPS tauke balak kroni shafie.
Perlu diingat, Presiden MPS tersebut sebelum ini adalah Ahli Majlis Perbandaran Sandakan yang dilantik kerajaan BN. Kerajaan Warisan lantik beliau hanya untuk satu tahun sahaja.

Melantik Jaujan Sambakong sebagai timbalan ketua Menteri.
Apa Salahnya? Beliau melantik timbalan ketua menteri yang berjuang bersama sama beliau. Orang yang beliau percaya mampu mentadbir. Beliau ada pengalaman dan KELAYAKAN. Jaujan juga adalah Naib Presiden dlm parti warisan dan beliau layak memegang jawatan Timbalan KM utk kouta melayu Islam. Datuk Jaujan mentadbir KKTP dengan cemerlang. Banyak perubahan yang beliau lakukan.

Melantik ramai pegawai tinggi dari Semporna.
Fakta apa yang mereka pakai? Dikalangan Setiausaha Tetap dan Pegawai Daerah, tidak sampai pun 5 orang memegang jawatan tersebut. SKN dan Timbalan SKN pun buka orang Semporna. Ini menunjukkan kebodohan NGO Bebas Suara Sabah hanya mendengar khabar angin dan tidak merujuk kpd Jabatan Perkhidmatan Awan Negeri ( JPAN). Maklum lah NGO Bebas Suara Sabah hanya ikut arahan parti politik yg sengaja menggunakan nama NGO. Utk menjadi sebuah NGO yg baik dan berintegriti perlu lah Banyak membuat kajian dlm sesuatu isu supaya akan lebih di hormati. Bukan semata2 menerima bayaran drp pihak2 tertentu. BUAT malu NGO.

Menghalalkan semula aktiviti pam bot.
Kerajaan Warisan mendengar denyut nadi rakyat. Pengharaman pam bot oleh kerajaan BN telah membuatkan ramai nelayan hilang punca pendapatan. Kes penculikan lebih banyak direkodkan semasa zaman BN. Sempadan perairan di Pantai timur lebih ketat dibawah kerajaan Warisan. Cuba NGO Bebas Suara membuat kajian pd zaman BN dan Warisan , brp byk kes yg berlaku. adakah kes penculikan di lakukan dgn menggunakan pump boat atau BOT Laju. NGO bebas suara Sabah memalukan diri sendiri.

Aktiviti bom ikan semakin menjadi jadi. Pelancong ada yang terbunuh.
Ini adalah tuduhan tidak berasas. Kementerian Pertanian dan industri Makanan Sabah lebih tegas dan efisyen dibawah YB Datuk Junz Wong.Penguatkuasaan Undang undang berkenaan Pengeboman ikan, illegal fishing oleh kapal asing lebih tegas dibawah pemerintahan kerajaan Warisan.

NGO BEBAS SUARA gesa Shafie letak jawatan??

Siapa NGO Bebas suara usul kan mau ganti jadi CM?Musa?brp kerusi dia ada?? Brp tahun jd KM, brp perkara dlm MA 63 dapatkan utk Sabah?? Rakyat Sabah kaya?? Kadar kemiskinan turun?? Yang kaya adalah anak2 musa, kerabat musa, taukey2 kayu balak dan kontraktor belaan Musa. Kamu kenal Albert Lim, Andrew Lim? Kamu kenal Chong babi? Kamu kenal Majid Khan?? NGO BEBAS SUARA TANYA Musa siapa mereka.

Gapari jadi KM ???brp kerusi gapari ada?? Dulu gapari pernah jd pengerusi Yayasan Sabah. Apa dia buat? Yayasan Sabah kaya?? Gapari sdh jadi timb. Menteri di federal dan dia lah paling anti malaya. Skrg Doris Jon pun maki hamun dia. Kalau jefri betul2 ikhlas utk Sabah, bantu Shafie utk dapat kan tambahan MA63 selain yg telah Shafie dapatkan 17 perkara. Dulu Gapari cakap saja Musa Marah. Skrg Shafie dgr apa dan ambil maklum cadangan dan pandangan gapari. Kita uji keikhlasan dan kesuungguhan Gapari..



Sekali lagi saya menasihatkan NGO Bebas suara Sabah supaya lebih membuat kajian mendalam dlm sesuatu isu yg di bangkitkan kerana ianya akan menikam kerajaan sebelum ini iaitu kerajaan BN pimpinan musa yg sangat di benci oleh Gapari Kitingan.

-TAMAT

Share this

Leave a Reply