Zahid ugut PM lantik Bung Mukhtar Pengerusi JPPS ??

Berita Utama

Presiden UMNO Zahid Hamidi yg di tuduh rasuah di Mahkamah memaksa Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Bung Mukhtar Ketua UMNO Sabah yang juga di tuduh rasuah di mahkamah sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS)

Portal Raja Fitnah Sabahkini2 telah menyiarkan berita mengatakan bahawa Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah dilantik Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) pada 15 April 2020.

https://sabahkini2.com/en/news/2734/ronald-kiandee-dilantik-pengerusi-pembangunan-persekutuan-negeri-sabah/view

Berita itu yang dipetik melalui Sumber yang boleh dipercayai kemudian disebarkan oleh beberapa blogger upahan UMNO Sabah.

Dalam keadaan seakan mereka meraikan perlantikan Kiandee yang juga merupakan Ahli Parlimen Beluran daripada BERSATU, timbul persoalan apakah motif Sabahkini2 melaporkan berita itu sedangkan, tiada pengumuman rasmi dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam diam, selang sehari kemudian, Presiden UMNO DS Zahid Hamidi, melalui sepucuk surat, menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar melantik 4 pemimpin UMNO Sabah ke jawatan tertentu.


Agak memeranjatkan, Zahid meminta Muhyiddin agar Pengerusi UMNO Sabah, MP Kinabatangan DS Bung Mokhtar dilantik menjadi Pengerusi JPPS walaupun bekas Pengerusi FELCRA itu masih mempunyai kes mahkamah atas tuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta bersama isteri beliau, Zizie Izzete.


Selain Bung, Zahid juga menyenaraikan MP Kimanis, Datuk Mohamad Alamin untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri, DS Abdul Rahman Dahlan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hj Yakubah Khan sebagai Pengerusi Pelabuhan Labuan.


Jelas bahawa penularan berita lantikan Kiandee itu hanyalah satu taktik untuk membuat penyokong UMNO marah kerana Kiandee sudah memegang jawatan Menteri Persekutuan.

Surat Zahid itu memberi gambaran jelas betapa UMNO juga mengidamkan jawatan Pengerusi JPPS agar mereka boleh mengawal semua projek Persekutuan di Sabah.




Rahman yang merupakan mantan MP Kota Belud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, merupakan pemimpin UMNO Sabah yang menentang keras pengwujudan semula JPPS yang dimansuhkan oleh UMNO pada 1994 selepas 4 tahun beroperasi dalam kerajaan PBS yang merupakan pembangkang kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Ketua Bahagian UMNO Tuaran itu membidas cadangan untuk membawa JPPS semula ke Sabah oleh Pengerusi BERSATU Sabah, DSP Hajiji Noor selepas kerajaan Pakatan Harapan dirampas oleh Perikatan Nasional.

Walaupun Sabah merupakan pembangkang kepada kerajaan Persekutuan, Rahman menegaskan bahawa tindakan BERSATU Sabah itu sebagai mengkhianati rakyat Sabah yang tidak mahu Sabah berada di bawah telunjuk Kerajaan Persekutuan.

Rahman juga menuduh Hajiji sebagai mahu ‘berkuasa’ kembali dengan mengawal segala peruntukan daripada Putrajaya dan memastikan Kerajaan Sabah tidak dapat menguruskannya.

“Rakyat Sabah, bukalah mata seluas-luasnya menilai tindakan itu, adakah anda mahu hak Sabah diserahkan kepada Semenanjung? Jangan disebabkan kedangkalan Hajiji, rakyat Sabah menjadi menjadi umpama melukut di tepi gantang.” kata Rahman.

Ketegasan Rahman membantah cadangan Hajiji itu mendapat sokongan dari rakyat Sabah termasuk parti-parti kerajaan negeri. Namun, semua itu adalah retorik dan permainan sandiwara UMNO Sabah.

Surat Zahid membuktikan betapa UMNO juga mahu mengawal peruntukan kerajaan Persekutuan yang berbillion ringgit selain mendambakan jawatan lain dalam kerajaan Persekutuan dan GLC. Mungkin UMNO Sabah tidak sedar diri bahawa mereka sebenarnya adalah antara minoriti apabila hanya tinggal 1 kerusi Parlimen dan 1 DUN.

Tindakan UMNO ini juga menampakkan betapa mereka cuba memandang rendah rakan sekutu mereka PBS, STAR dan PBRS yang rata-rata mewakili kaum KDM.

PBS yang dipimpin oleh DSP Dr Maximus Ongkili (MP Kota Marudu), mempunyai 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) manakala, STAR pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempunyai 3 ADUN.

Lazim mengetahui Max yang kini merupakan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Jeffrey (Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) amat lantang mempertahankan kepentingan hak rakyat Sabah daripada belenggu kerajaan Pusat berlandaskan MA63.

Max juga pasti masih ingin betapa JPPS ini ditubuhkan semasa pemerintahan PBS bagi mengawal peruntukan daripada Persekutuan sekaligus menjadi salah satu punca kejatuhan kerajaan PBS kepada Barisan Nasional pimpinan UMNO pada tahun 1994.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawap menjaga kepentingan Sabah, adakah wajar JPPS ini ditubuhkan semula sedangkan perihal pembangunan Sabah dan segala peruntukan dari Putrajaya sepatutnya boleh dipantau oleh Kementerian Dr Max.

Jeffrey antara bekas pemimpin dan ahli PBS, juga tahu keburukan JPPS ini seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog pada Mei 2018.

http://semboyanrakyat2.blogspot.com/2018/05/hati-hati-menubuh-kerajaan-jangan.html?m=1.

Selain Jeffrey, bekas pemimpin PBS dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee juga menentang JPPS selepas ianya di cadangkan oleh Hajiji.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/12/reviving-federal-development-department-against-state-interests-warns-ex-sabah-cm/

Walaupun mereka membantah JPPS dikembalikan, persoalan sekarang adakah Max dan Jeffrey akan menentang usaha ini seperti mana lantangnya mereka sebelum dilantik menjadi Menteri Persekutuan?

Adakah Rahman Dahlan turut menjilat ludah beliau balik selepas dicadangkan Zahid menjadi Senator?

Di mana suara kamu yang kononnya memperjuangkan martabat rakyat Sabah berlandaskan semangat MA63 sedangkan JPPS adalah medium untuk Putrajaya mencengkam hak orang Sabah merencanakan projek pembangunan melalui kerajaan negeri?

Inilah masa yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa kamu bukan lembu yang dicucuk hidung oleh kerajaan Persekutuan.

Jangan biarkan kewibawaan kamu sebagai pemimpin kaum KDM diperkotak-katikkan oleh UMNO dan BERSATU yang berpengkalan di Malaya.




Jangan kerana kamu sudah memegang jawatan Menteri kamu merelakan Sabah dicengkam oleh Malaya.

Share this

Leave a Reply