ALAMIN DAN RAIMIE HINA DIRI SENDIRI

Berita Utama

ALAMIN DAN RAIMIE HINA DIRI SENDIRI. Akibat kenyataan kononnya Shafie Hina rakyat Sabah menunjukkan kenyataan mereka menghina diri sendiri. Ini kerana kenyataan mereka tidak merujuk kpd Hansard Rasmi DUN Sabah. Selaku Mantan Wakil Rakyat Bongawan yg ada pengalaman sepatutnya Alamin merujuk sumber yg sahih sebelum mengeluarkan kenyataan.

Dalam persidangan hari terakhir pd 21 April 2020. ADUN kemabong dan ADUN Kuamut juga menyelar sesetengah pemimpin kerana mempolitikkan kenyataan2 Ketua Menteri dan memanipulasi kenyataan untuk menghasut rakyat. Beliau juga merujuk kpd Hansard Rasmi DUN bahawa Tiada 1 pun kenyataan yg menghina Rakyat Sabah.

Video tulin Jawapan Ketua Menteri kpd soalan tambahan Jefry Kitingan.

 


Dalam kita hampir berjaya memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini, semua parti-parti Politik harus bekerjasama dengan pihak kerajaandc tanpa mempolitikkan usaha dari mana-mana pihak yang sedang dilakukan untuk membantu rakyat Sabah yang kesusahan.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengatakan kesungguhan dan tindakan sebagai pemimpin tidak kira dari parti apa yang diwakili akan memberi keyakinan kepada semua lapisan masyarakat yang ketika ini sedang mencari jawapan dan arah tuju yang jelas, dalam keadaan yang kritikal dan tidak menentu ini

“Justeru itu UMNO Sabah mestilah mengambarkan kesanggupan dan memperlihatkan sikap keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama dengan semua parti-parti politik samaada kerajaan atau sebaliknya, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi memastikan usaha-usaha dan bantuan-bantuan dapat diselaraskan, menepati objektif bersama untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri ini dan bantuan yang disalurkan tidak seharunya dilihat sebagai suatu persaingan diantara pemimpin dan parti politik ” katanya.

https://fikrahmaya.blogspot.com/2020/04/bungsemua-pihak-perlu-bersatu-tangani.html?m=1

Pada persidangan DUN Kedua (21 April), Ketua Pembangkang, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) turut menyeru agar semua parti Politik bekerjasama dengan kerajaan untuk memerangi wabak ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat Sabah.

Saranan kedua2 pemimpin pembangkang di Sabah ini perlu dihormati dan telah diterima baik oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, DSP Shafie Hj Apdal.

Walau bagaimanapun, apa yang disampaikan oleh Bung dan DDJK seperti tidak diendahkan oleh penngikut dan penyokong mereka yang rancak menghasut rakyat di Media Sosial.

Adakah ada sandiwara yang cuba di mainkan oleh mereka? Atau mungkin mereka ini sudah tidak dihormati oleh pengikut dan penyokong mereka sendiri?

Pelbagai isu dibangkitkan berkenaan dengan Pakej bantuan daripada kerajaan. Dan yang terbaru, Cybertrooper dan portal pembangkang Sabah rancak mainkan isu kenyataan Ketua Menteri yang mahu kan rakyat Sabah tidak terlalu bergantung harap kepada bantuan kerajaan.

Kenyataan Shafie itu jelas diputarbelitkan sehingga ada yang menuduh Shafie menghina rakyat Sabah. Semua ini dilakukan untuk menimbulkan rasa benci terhadap Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

https://musramrakunman.blogspot.com/2020/04/shafie-hina-rakyat-sabah.html?m=1

Strategi Character Assassination digunapakai oleh mereka tanpa memperdulikan betapa kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan rakyat Sabah selamat dari wabak Pandemik ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimie Unggi turut memberi persepsi negatif dengan memutar belitkan kenyataan Shafie. Bekas MP Tenom itu juga turut mengandaikan Shafie menghina rakyat Sabah.

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://umno-online.my/2020/04/21/bantuan-satu-budaya-shafie-jangan-hina-rakyat-sabah-raime/amp/%3Futm_source%3Drss%26utm_medium%3Drss%26utm_campaign%3Dbantuan-satu-budaya-shafie-jangan-hina-rakyat-sabah-raime&ved=2ahUKEwjEvODa_PjoAhVOfH0KHfUYCCAQFjACegQIAhAB&usg=AOvVaw1_eD1s91b1dUfgLnqDTZx_&ampcf=1

Artikel Raimie diambil oleh Portal Raja Fitnah, Sabahkini2 yang amat sukakan isu sebegini kerana mereka sememangnya diupah oleh UMNO untuk mainkan propaganda dan sentimen bencikan Parti Warisan Sabah dan kerajaan negeri.

https://sabahkini2.com/en/news/2747/shafie-gelar-bantuan-kerajaan-satu-budaya-menghina-rakyat-susah-raime-unggi/view

Turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan dalam kesulitan ialah calon Timbalan Menteri yang dituntut oleh UMNO iaitu MP Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219737761228911&id=1664721878

Kenyataan Alamin dinaikkan di laman Facebook beliau seolah-olah mengambarkan niat untuk merampas kerajaan negeri seperti yang mereka lakukan di Pusat. Inilah kualiti yang ada pada beliau yang kononnya di gelar sebagai pemimpin muda UMNO yang berpotensi.

Netizen Nasihat kan Alamin

Hakikat dan fakta yang perlu rakyat Sabah tahu adalah, UMNO Sabah memutar belitkan kenyataan daripada Ketua Menteri yang dilakukan di Persidangan DUN ketika menjawap soalan DDJK pada Isnin lepas.

Amat jelas Shafie mengatakan bahawa jangan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan yang sedia ada kerana kerajaan telah sediakan bantuan pinjaman tanpa faedah melalui Sabah Credit atau Sabah Development bank untuk golongan petani dan nelayan selepas tempoh PKP agar mereka boleh menjalankan semula aktiviti mereka seperti sedia kala selepas terjejas ekoran PKP.

Peminjam tidak perlu membayar faedah seperti mana prosedur pinjaman biasa tapi harus membayar fi prinsip pinjaman. Kerajaan negeri tidak mahu memberi bantuan secara percuma kepada golongan ini untuk memupuk semangat daya saing terutama dari golongan muda.

Tambahan, kerajaan harus memikirkan bebanan untuk menampung pelbagai kos operasi yang akan dipikul selepas PKP ini berakhir. Kewangan Kerajaan juga turut terjejas dari segi kutipan pendapatan sepanjang PKP ini. Maka itu, bantuan kewangan percuma tidak dapat diberikan kepada golongan tersebut.

Kenyataan Shafie ini jelas dinyatakan dalam Minit Penyata Rasmi DUN Sabah (hansard) tetapi dimanipulasikan oleh puak-puak pembangkang bertujuan untuk memburukkan imej Shafie dan kerajaan negeri.

Lihat hansard Rasmi DUN Sabah dan Cuba fahami. Tiada 1 pun ayat yg menghina rakyat Sabah yg di keluarkan oleh Shafie dlm soal jawap di DUN Sabah.

 

Sebagai seorang pemimpin Alamin dan Raimie harus lah merujuk kenyataan Rasmi dan bukan hanya tahu membaca tajuk akhbar semata2. Sikap ini menunjukkan mereka tidak professional dan sering terbawa2 fahaman politik yg berbeza. ALAMIN terutamanya adalah bekas ADUN yg biasa menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.. Melalui entry FB beliau memuat baik kenyataan tanpa usul periksa dan akhirnya memalukan diri sendiri. Rakyat di luar sana bijak menilai berbanding Alamin dan Raimie sbg pemimpin. Ramai rakyat di luar sana menyatakan bahawa mereka ini spt kebudak2an dan sengaja buat kenyataan tanpa usul periksa. Ada netizen juga menyatakan bahawa Alamin sengaja mencari populariti kerana namanya telah di cadangkan oleh UMNO Sabah utk menjawat jawatan Timbalan Menteri melalui surut yg tular tuntutan UMNO oleh Zahid Hamidi.    

 

https://www.malaysiakini.com/news/521199

Hakikatnya, UMNO dan pembangkang Sabah nyata memutar belitkan kenyataan Shafie untuk kepentingan Politik mereka.

Mereka tidak akan berhenti menfitnah dan memburukkan Shafie, Warisan, UPKO, PH Sabah dan kerajaan negeri untuk kepentingan Politik mereka sendiri.

Semoga rakyat Sabah sedar dengan tipu helah UMNO yang merupakan antara sekutu Perikatan Nasional yang merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan.

Di pihak yang lain, para petugas media juga diminta untuk berhati-hati dalam penulisan agar tidak disalahertikan lalu diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.

Jangan hanya ingin melariskan bahan berita kamu sehingga sanggup meletakkan tajuk berita sensasi yang bertujuan untuk sekadar menarik minat orang untuk membaca penulisan kamu.

Kepada warga Netizen pulak, amalkan kerajinan dalam membaca cerita penuh dan jangan membuat spekulasi dan andaian negatif melalui tajuk sesebuah berita semata-mata.

Kita harus bijak menilai agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh golongan yang sentiasa mahu melihat perpecahan di kalangan rakyat Sabah.

Pemimpin pembangkang juga harus bertanggungjawab Sama2 membantu rakyat dlm keadaan susah dan bukannya menangguk di air keruh utk kepentingan politik masing2. Ini amat memalukan.

Bantuan Untuk Penjawat Awam Negeri


TAMAT

Share this

Leave a Reply