KETUA PEMUDA PBS BUTA ATAU AUTA??

Berita Utama

Ketua Pemuda PBS, Christopher Mandut adalah contoh ahli politik hingusan, retorik dan bercakap tanpa fakta macam budak kecil yang minta perhatian daripada ibunya.

Kenyataan beliau menuduh bantuan makanan Covid-19 diagihkan kepada ahli Warisan sahaja membuktikan betapa jahilnya intelektual beliau dalam membuat kenyataan media.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/04/23/only-warisan-supporters-receiving-food-aid-from-sabah-govt-claims-pbs-youth-leader/

Sedarlah anak muda bahawa kamu itu adalah Setiausaha Politik Kepada Menteri Persekutuan yang juga Presiden PBS, DSP Dr Maximus Ongkili. Jangan malukan Presiden dan kerajaan Persekutuan dengan tuduhan yang tidak berasas dan tanpa bukti.

Sebaliknya, tanya sendiri kepada bossmu kenapa hanya 11,000 Bakul Makanan sahaja yang diperuntukan kepada Sabah banding dengan jumlah yang lebih besar di Semenanjung.

Christopher sepatutnya mempertahankan jumlah bantuan makanan di Sabah dari kerajaan Pusat sepatutnya lebih banyak dari negeri lain berdasarkan demografi negeri ini yang mempunyai kepadatan penduduk yang lebih ramai dari negeri di Semenanjung.

Budak hingusan ini patut lebih mempertahankan hak Sabah bukan hanya pandai memukul tin kosong kerana ianya seumpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Kamu sekarang memegang Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tapi kamu langsung tidak pertikaikan jumlah yang Sabah terima. Kalau alasan Sabah ini negeri pembangkang, maka jelas bahawa kamulah yang sebenarnya mempolitikkan isu bantuan makanan ini.

Kalau buat kenyataan jangan based on hear say atau “mengikut laporan” kerana anda akan kelihatan sangat bodoh sebagai ahli Politik yang menjadi ketua kepada anak muda dalam PBS.

Anda seharusnya lakukan lebih banyak research melalui data atau siaran akhbar. Terlalu banyak bukti melalui gambar yang diambil oleh hampir semua Wakil Rakyat kerajaan negeri tapi kamu saja membutakan mata kamu yang masih terang.

Seperkara lagi, adakah statement Ketua Pemuda PBS ini cuba menggangu jawatan kuasa SPRM yang memantau salah laku dalam pengagihan bantuan makanan kerajaan negeri Sabah?

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/31/sprm-siasat-dakwaan-seleweng-pakej-bantuan-makanan-covid-19-di-sabah/

Satu lagi kejahilan anak muda ini ialah apabila beliau mempertikaikan nombor telefon Pejabat Perhubungan Negeri Sabah disediakan untuk memudahkan anak-anak Sabah dan pelajar di Semenanjung buat permohonan bantuan B40, yang kononnya tidak diangkat sedangkan ribuan panggilan diterima oleh mereka yang diamanahkan.

Selain itu, mungkin pemimpin muda PBS ini ketinggalan bas bahawa kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan secara online yang telah membantu ramai anak Sabah di sana membuat permohonan bantuan tersebut.

https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

Hakikatnya, Parti Warisan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, DSP Shafie Hj Apdal telah mengagihkan bantuan makanan Covid – 19 kepada 221 017. Manakala bantuan covid19 keseluruhan mencecah 377 914 penerima yg sudah mencapai RM78 juta untuk di seluruh negeri tanpa mengambil kira lambang parti melalui 3 Fasa yang masih berjalan. Ini diumumkan oleh Ketua Menteri pada sidang media pada Rabu lepas.

Ini tidak termasuk sumbangan peribadi daripada Wakil Rakyat yang menggunakan gaji mereka sendiri. Ketua Bahagian Warisan turut mengeluarkan Dana mereka sendiri untuk menyediakan bantuan makanan kepada golongan sasar di kawasan masing-masing.

Kenyataan media Christopher walau bagaimanapun, memberi gambaran yang amat jelas betapa pembangkang di Sabah sebenarnya terkesan dengan ketelusan kerajaan negeri dalam membantu rakyat sepanjang PKP ini.

PBS dan pembangkang di Sabah takut rakyat mengetahui hakikat sebenar bahawa kerajaan negeri telah memberi banyak bantuan kepada ramai anak Sabah yang layak melalui peruntukan kerajaan negeri sendiri.

Ini tidak termasuk Bill Air percuma untuk tempoh tiga bulan, diskaun 30% Bill Elektrik juga untuk tempoh 3 bulan, diskaun potongan cukai di agensi kerajaan negeri dan memberi pinjaman tanpa faedah kepada Petani, Nelayan dan Peniaga IKS selepas tempoh PKP berakhir.

Pendek kata, tiada rakyat Negeri ini yang terkecuali daripada bantuan kerajaan negeri. Inilah fakta yang tidak akan sama sekali pembangkang Sabah ceritakan kepada rakyat Negeri ini.

Apapun, terima kasih kepada anak muda ini kerana memperakui bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada Sabah dan bukannya RM130 juta seperti didakwa oleh Cybertroopers pembangkang.

Untuk membantu Christopher, layarilah laman Web Sabah We Care yang sentiasa update jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat Negeri ini.

https://bkn-covid.sabah.gov.my/dashboard.php

Share this

Leave a Reply