SHAFIE PEMIMPIN BERPRINSIP DAN BERMARUAH

Berita Utama

SHAFIE PEMIMPIN BERPRINSIP DAN BERMARUAH

Sejak akhir2 ini, pelbagai pihak terutamanya pihak penyokong pembangkang bertubi2 memfitnah dan memutar belitkan kenyataan dan keputusan Shafie. Namun sbg pemimpin yg berprinsip Shafie tetap tenang dan sentiasa fokus membantu rakyat dan memerangi pendemik Covid19 di Sabah. Keputusan2 yg di buat oleh Shafie sangat teliti kerana membabitkan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah.

Perjuangan parti-parti pembangkang Sabah yang berlandaskan kepada kuasa otonomi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 hanyalah retorik apabila ramai mereka membantah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Sabah berkenaan isu Peraturan Seksyen 4(1)(a)(ii).

Pembangkang di Sabah begitu angkuh memperjuangkan hak-hak orang Sabah yang telah dirampas oleh Malaya sebelum ini tapi dalam kes terbaru ini kenapa mereka menidakkan keputusan Ketua Menteri, YAB DSP Shafie Hj Apdal untuk memperincikan dahulu Peraturan terbaru tersebut mengikut kesesuaian rakyat di Sabah.

Raja Portal Kaki Fitnah, Sabahkini2 melalui entri terbaru mereka menuduh Shafie enggan patuh kepada Peraturan terbaru itu yang telah diperkenankan oleh YDP Agong dan ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Malaysia, DS Dr Adham Baba.

http://sabahkini2.com/en/news/2765/pkp-kebenaran-berdua-dalam-kenderaan-kuasa-mkn-bukan-shafie-apdal/view

Mereka menuduh Shafie memandai-mandi dan membelakangi arahan dari Kerajaan Pusat melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang diumumkan Menteri Kanan Persekutuan, DS Ismail Sabri pada Selasa lepas sedangkan Shafie tiada pun mengatakan TIDAK.

Kenyataan Shafie itu membuktikan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai dasar tersendiri berkenaan dengan perlembagaan sejajar dengan MA63 (Perkara 3).

Pembangkang mungkin leka dalam mereka bersemangat menyerang kerajaan negeri sehingga lupa bahawa Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa otonomi sama ada untuk menerima atau tidak, mengikut kesesuaian rakyat Sabah dan Sarawak, terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Pembangkang di Sabah hanya ingin menjatuhkan imej Shafie sebagai Ketua Menteri. Ini terbukti apabila mereka enggan nyatakan bahawa keputusan sama turut diambil oleh kerajaan negeri Sarawak seperti yang disiarkan oleh Utusan Borneo dalam edisi Selesa mereka.

https://www.google.com/amp/s/amp.utusanborneo.com.my/2020/04/29/keluar-berdua-sekeluarga-di-sarawak-belum-dibenarkan

Tindakan Shafie untuk tidak terus menerima keputusan dari kerajaan Pusat bukan diambil berdasarkan Sabah adalah negeri pembangkang tapi lebih kepada menjaga kepentingan rakyat Sabah dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.

Pendekatan beliau ini adalah satu transformasi ke arah memartabatkan kuasa otonomi orang Sabah seperti yang UMNO Sabah dan pembangkang lain sering laungkan.

Ketua Menteri sering kali konsisten dengan usaha mengembalikan hak rakyat Sabah tapi dipersoalkan pembangkang dengan nada penuh kebencian sebagai racun kepada minda penyokong kerajaan agar beralih kepada pembangkang dalam usaha UMNO merampas kembali kerajaan negeri.

Sabahkini2 yang ramai tahu dibiayai oleh UMNO Sabah turut memberi gambaran betapa Shafie gagal dalam tugas beliau sebagai Ketua Menteri kerana sering kali mengambil masa untuk patuh pada arahan MKN seperti dalam kes membenarkan operasi sektor pertanian dan perladangan bagi rantaian makanan di mana kerajaan negeri mengambil 10 hari membuat keputusan untuk mengikut arahan tersebut.

Selain itu, Sabahkini2 juga mempertikaikan kelambatan Shafie mematuhi arahan operasi bagi sektor pertanian, pembalakan, perladangan dan masa operasi premis perniagaan yang dipendekkan.

Sabahkini2 sebenarnya takut rakyat Sabah tahu bahawa sebelum sebarang keputusan diambil, ianya harus diperincikan dahulu mengikut kesesuaian di Sabah dengan penuh teliti kerana situasi penularan wabak Covif-19 di sini tidak sama seperti di mana-mana negeri.

Demografi dan bentuk geografi di negeri ini juga berbeza daripada negeri-negeri lain. Keputusan yang dibuat di Pusat berkemungkinan tidak boleh diadakan di Sabah. Ini akan mengakibatkan risiko jangkitan akan bertambah.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shafie sering diperbodohkan oleh pembangkang terutama Cybertrooper upahan UMNO kerana mereka mempunyai misi mengambil semula kuasa memerintah di negeri ini. Mereka sering mengabui mata rakyat untuk tidak nampak perkara positif pentadbiran Shafie.

Sebagai Contoh, Sabah merupakan negeri pertama menghalang kemasukan pelancong China sebelum diikuti oleh negeri-negeri lain.

https://www.sinarharian.com.my/article/68092/KHAS/Koronavirus/Sabah-gantung-sementara-semua-penerbangan-dari-China?_gl=11iklny9_ga*YW1wLTRjRzk2Q1lZS2RrZXl3Y2xsNk9uRi1TSGlRZmZkdDhkdlozWEREVG1URndaMGJtZUluUHRUWmx1SkJWZjg1bVA.

Tindakan ini dilakukan selepas mengambil maklum reaksi daripada rakyat Sabah. Demi mementingkan nyawa rakyat Sabah, kerajaan negeri membuat keputusan ini walaupun tidak dipersetujui oleh Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

https://www.sinarharian.com.my/article/68155/KHAS/Koronavirus/Duta-China-kecewa-Sabah-gantung-semua-penerbangan-dari-China?_gl=11iklny9_ga*YW1wLTRjRzk2Q1lZS2RrZXl3Y2xsNk9uRi1TSGlRZmZkdDhkdlozWEREVG1URndaMGJtZUluUHRUWmx1SkJWZjg1bVA.

Satu lagi keputusan yang baik dilakukan oleh Shafie selepas mengambil kira kebaikan secara menyeluruh kepada penduduk Sabah ialah bila beliau dan Kabinet Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen Judi Mesin Slot atau Jackpot.

Walaupun, kelulusan lesen judi adalah kuasa daripada Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan negeri mempunyai hak untuk tidak keluarkan lesen tersebut melalui Kementerian Tempatan dan Perumahan Sabah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-kasino-mesin-slot-di-sabah-ketua-menteri-207356

Sarawak juga menggunakan cara pentadbiran yang sama apabila enggan mengeluarkan visa kemasukan ke negeri itu buat warga Semenanjung yang bekerja dengan Petronas di Sarawak selepas Petronas didakwa lebih mengutamakan rakyat dari Malaya daripada anak Sarawak sendiri. Kuasa imigresen terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Jangan pernah lupa bahawa 17 dari 21 tuntutan di bawah MA63 sudah berjaya diluluskan di Peringkat Persekutuan. Dan jangan pernah lupa sumpah Presiden UMNO untuk mengembalikan MA63 kepada rakyat Sabah di PRK Kimanis lepas.

Kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa penuh untuk menerima atau tidak keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Ini amat jelas kerana kepentingan hak Sabah dan Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung.

Penyokong parti STAR seharus tidak terbawa-bawa atau terpengaruh dengan ideologi atau propaganda sonsang yang cuba dimainkan secara aktif oleh UMNO.

Penyokong STAR, PBS, PBRS dan mana-mana parti tempatan harus bertanya pada diri sendiri tentang asas perjuangan mereka. Adakah kerana MA63 atau hanya kuasa semata-mata?

Mereka ini seakan sedang tunduk kepada arahan kerajaan Pusat mentang-mentang pemimpin mereka sudah menjadi Menteri Persekutuan. Sekarang siapa yang seperti lembu dicucuk hidung?

Pada tahun 2011 Jefri Kitingan Presiden Star buat laporan terhadap Musa Aman kerana tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

http://kelapamawar.blogspot.com/2011/12/laporan-polis-dr-jeffry-kitingan-ke.html?m=1

Selepas Pru14 jefri bersekongkol dengan Musa Aman yg di benci nya sejak sekian lama. Dan bertambah pelik semasa Musa Aman melarikan diri Jefri pula menjadi menjadi kawan baik Musa Aman.??? Pelik bin ajaib? Adakah sesuatu telah berlaku atau imbuhan antara mereka sehingga Jefri menukar pendirian 360 darjah???

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Warisan, UPKO dan PH Sabah sedang berada dilandasan yang betul dalam mempertahankan hak-hak orang Sabah.

Jangan jadi bodoh untuk mudah terpengaruh dengan dakyah jahat yang didendangkan oleh Sabahkini2 dan semua portal pembangkang Sabah.

Kepada Cybertrooper upahan UMNO dan PPBM, ingatlah dosa di sepanjang Bulan yang mulia ini. Hentikan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas. Sebaliknya, perbanyakkan amalan yang mulia sebagai bekalan di akhirat nanti.

Sabahkini2 tidak pernah berhenti menghasut rakyat supaya negeri Sabah harus tunduk kepada Malaya, budaya yang diperjuangkan UMNO secara dasar.

Sebagai portal yang dibiayai oleh UMNO, Sabahkini2 memainkan peranan mengembangkan budaya UMNO di Sabah sambil berusaha menjatuhkan kerajaan negeri.

Entri terbaru portal Raja Fitnah berkenaan Peraturan terbaru jumlah penumpang dalam satu kereta, jelas menunjukkan usaha mereka untuk mempengaruhi rakyat Sabah agar tunduk kepada kerajaan Pusat.

http://sabahkini2.com/en/news/2765/pkp-kebenaran-berdua-dalam-kenderaan-kuasa-mkn-bukan-shafie-apdal/view

Mereka mempertikaikan kuasa yang ada pada Ketua Menteri yang tidak terus mengikuti arahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan pada Selasa.

Shafie mentadbir negeri Sabah selama 2 tahun lebih namun pencapaian nya terhadap MA 63 boleh di banggakan. Beberapa siri rundingan dlm jawatankuasa MA63 semasa Tun M menjadi PERDANA Menteri Malaysia semasa PH telah pun mempersetujui 17 perkara dlm MA63.

Share this

Leave a Reply