SIAPA ADUN SABAH SUDAH KENA BELI??

Berita Utama

Saya mohon penyokong kerajaan kongsikan statement sya ini agar ramai org tau kebenarannya berdasarkan FAKTA bukan AUTA mcm pembangkang Sabah.

Saya terpanggil untuk menjawap sebuah artikel yang dimuat naik oleh blogger UMNO Sabah yang mengatakan kerajaan negeri Sabah tidak kukuh.

https://musramrakunman.blogspot.com/2020/05/kerajaan-warisan-konon-kukuh-tak-akan.html?m=1

Saya jawap satu persatu isu yang tidak masuk akal yang cuba mengelirukan rakyat Sabah oleh penulis blogger tersebut.

Kerajaan Sabah tidak sama dengan Perak, Melaka, Kedah dan Johor. Berikut adalah Komposisi DUN Sebelum dan Selepas

MELAKA (28 KERUSI) PRU14
DAP 8, PKR 3, Amanah 2, PPBM 2 = 15
UMNO 13 = 13
Majoriti 2 kerusi

SELEPAS DIRAMPAS PN
UMNO 13, PPBM 2, Ex PKR 1, Ex DAP 1 = 17
DAP 7, AMANAH 2, PKR 2 = 11

PERAK (59)
DAP 18, PKR 4, AMANAH 6 PPBM 3 = 31
UMNO 25, PAS 3 = 28
Majoriti 3 kerusi

SELEPAS DIRAMPAS PN
UMNO 25, PPBM 3, PAS 3, Ex DAP 2, Ex PKR 1, Ex AMANAH 1 = 35
DAP 16, PKR 3, AMANAH 5 = 24

KEDAH (36)
PKR 7, PPBM 6, AMANAH 4, DAP 2 = 19
PAS 15, UMNO 2 = 17
Majoriti 2 kerusi

SELEPAS DIRAMPAS PN
PAS 15, PPBM 4, UMNO 2, Ex PKR 2 = 23
PKR 5, PBM 2, AMANAH 4, DAP 2 = 13

JOHOR (56)
DAP 14, PPBM 11, AMANAH 9, PKR 5 = 39
UMNO 14, MIC 2, PAS 1 = 17
Majoriti 22 kerusi (PPBM 11)

SELEPAS DIRAMPAS OLEH PN
PPBM 11, UMNO 14, MIC 2, PAS 1, Ex PKR 1 = 29
DAP 14, AMANAH 9, PKR 4 = 27

Bukankah kerajaan2 ini mempunyai kelebihan yg amat tipis selepas PRU14? PPBM memainkan pernanan besar di Johor, Perak dan Melaka selepas mengambil keputusan utk bersekongkol dgn UMNO dan PAS.

Kerajaan Johor yg selepas PRU14 mempunyai kelebihan 22 DUN tumbang apabila PPBM yg mempunyai 11 kerusi keluar PH dan bersubahat dgn UMNO BN dan PAS. Simple methamatics
39 – 11 (PPBM) = 28 – 1 (PKR) = 27
17 + 11 + 1 (ex PKR) = 29

Berbeza dengan Sabah, Warisan sendiri mempunyai 31 Kerusi tidak termasuk 2 ADUN Lantikan. Mustahil PH Sabah (DAP 6, PKR 2) dan UPKO (4) mau jadi buduh ikut UMNO dan PPBM dgn STAR.

Mengambil Contoh Kerajaan Kelantan tidak tumbang wlupun mempunyai 2 kelebihan kerusi pada tahun 2004 adalah satu pendekatan yang jahil Politik dan memperbodohkan rakyat Sabah. YB PAS takut dosa utk bersekongkol dgn UMNO. Tmbhan time tu mmg UMNO adalah musuh utama PAS. Tak kan penulis UMNO ni sengaja buat2 lupa plak?

Kerajaan PH tumbang bukan disebabkan oleh komunikasi pantas. PH tumbang adalah kerana komplot PPBM, Geng Kartel PKR, UMNO dan PAS utk merampas mandat yang rakyat berikan lps PRU14. Cerita ni mmg sudah panas dari September 2018.

Bukan mengejutkan ADUN PKR Kedah keluar parti dan ikut PN kerana Kedudukan di sana cuma berkelebihan 2 kerusi saja. Apa yang nak dihairankan? 11 MP boleh keluar ikut Azmin, tak kan 2 org pembelot ini tidak mampu? PKR bukan PAS.

Kerajaan Sabah mesti sentiasa sealiran dengan Kerajaan Persekutuan? Aduiii nilah bukti UMNO Sabah ni adalah agen Malaya yg paling ketara mau memperbodohkan rakyat Sabah sambil menghisap kekayaan negeri kita utk Malaya. Ini adalah satu bentuk penghinaan kepada kita sebagai rakyat Sabah yang dicop, harus sealiran atau nama kasarnya tunduk kepada Malaya. Bukti ini sudah cukup utk rakyat Sabah menolak UMNO dan PPBM Muhyiddin.

Kerajaan PBS (1990-1994) rakyat Sabah jatuh miskin? Okay, pertama, ya mmg tdk dinafikan ramai rakyat Sabah miskin kerana semuanya dikawal oleh Persekutuan. Time tu org BN kaya kerana semua projek Persekutuan dorg sapu. Lepas tu dorg mempunyai Dana yg besar dr Malaya utk menumbangkan PBS. Buktinya 1994 wlupun PBS mng kelebihan 2 kerusi, UMNO BN berjaya merampas kerajaan negeri selepas 2 minggu.

Kedua, kenapa sebut 1990 – 1994 saja? Kenapa nda sebut 1986 hingga 1990 bila PBS di dalam BN? Time tu pun ramai rakyat Sabah yg miskin. Sama juga BN sapu habis semua projek Persekutuan dan PBS di anak tirikan. Kedapatan penulis cuba menyembunyikan kebenaran dgn berbohong.

Sejarah PBS keluar BN diambang Pilihanraya 1990 membuktikan rakyat Sabah tidak takut untuk tidak sealiran dgn Persekutuan. Buktinya, PBS menang 36 dari 48 kerusi yang dipertandingan. Kenapa penulis nda bagi tau fakta ni?

Rakyat Sabah nampak perjuangan Ketua Menteri DSP Shafie Apdal lebih kepada memperjuangkan rakyat Sabah dengan memberi fokus menaikkan Industri hiliran agar ramai anak tempatan Sabah boleh menikmati hasil bumi seperti Balak, Sawit, Minyak dan Gas Sabah secara sendiri.

Banding dengan zaman pemerintahan Musa Aman, hasil bumi Sabah dijual kepada orang luar. Ingat gelaran popular Mr 30%?

Kesimpulannya, jgn terlalu bernafsu dengan kerajaan negeri Sabah. Kerajaan PN kamu tu pun nyawa2 Ikan. Tunggu masa saja. Sebab tu lah PM8 buat U-turn batalkan pembentangan bajet Pakej Ransangan Ekonomi berjumlah RM250 billion yg telah digunakan dari Dana kerajaan.

-TAMAT –

Share this

Leave a Reply