HAJIJI KHIANATI MUSA KERANA IDAMKAN JAWATAN KM SABAH

Berita Utama

HAJIJI KHIANATI MUSA KERANA IDAMKAN JAWATAN KM SABAH

Menurut sumber daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah, terdapat pergeseran yang serius sedang berlaku dalam parti utama pembangkang Sabah itu yang berpecah kepada 2 kumpulan.

PPBM Sabah dikatakan terbahagi kepada kumpulan yang menyokong Ketua PPBM Sabah, DSP Hajiji Noor dan kumpulan ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Kumpulan Hajiji pada dasarnya bersetuju cadangan untuk merampas kerajaan negeri Sabah daripada Warisan/UPKO/PH Sabah. Tapi mereka tidak bersetuju TS Musa Aman diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah seandainya misi tersebut berjaya.

Nizam, lazim tahu merupakan bekas Setiausaha Politik Musa yang banyak berurusan dengan kroni-kroni bekas Ketua Menteri tersebut. Beliau dikatakan adalah agent kepada Musa untuk mendapatkan SD dari semua wakil rakyat pembangkang di Sabah.

Usaha Nizam ini tidak disenangi oleh Hajiji yang beranggapan Nizam tidak menghormati beliau sebagai Ketua PPBM Sabah.

Kumpulan yang menyokong Hajiji berpendapat bahawa ADUN Sulaman itu yang sepatutnya dilantik sebagai Ketua Menteri bukan Musa berdasarkan kekukuhan PPBM Sabah yang mempunyai 9 ADUN dan 5 Ahli Parlimen.

Tambahan pulak, Musa masih mempunyai beberapa kes mahkamah termasuk 30 pertuduhan rasuah bernilai RM209.20 juta yang bakal didengar pada Oktober nanti.

Kumpulan yang menyebelahi Nizam, menurut sumber tersebut akan meninggalkan PPBM dan menyertai UMNO semula untuk memastikan UMNO Sabah mempunyai bilangan kerusi yang lebih banyak daripada PPBM sekaligus melayakkan Musa diangkat menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Hajiji dan penyokong beliau enggan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pengerusi UMNO Sabah, DS Bung Mokhtar dikatakan juga tidak senang hati dengan cadangan Nizam tersebut tapi terpaksa akur kerana tidak berani mengengkari Musa.

Ini akan tambah memecah belahkan PPBM Sabah yang sepatutnya layak untuk menggantikan UMNO menjadi parti dominan di Sabah selepas cubaan rampasan kuasa itu menjadi kenyataan.

Tambahan pulak, TSMY dikatakan mahukan PPBM menjadi parti dominan di Sabah untuk memastikan mereka mempunyai kerusi yang lebih pada PRU15 nanti.

Ada beberapa bekas ADUN dari UMNO yang sudah menyertai Warisan juga dikatakan menyokong Hajiji untuk menjadi Ketua Menteri kerana mengenangkan bagaimana mereka dikurung di Seri Gaya selepas PRU14 oleh Musa.

Perebutan bekas YB UMNO ini turut berlaku diantara PPBM dan UMNO. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan menandatangi SD tersebut selagi belum ada pertemuan dengan kesemua 31 YB yang bersetuju untuk merampas kerajaan negeri Sabah.

Mereka juga dikatakan enggan kembali kepada UMNO tapi lebih rela kekal bersama Warisan atau sertai PPBM jika TSMY kekal sebagai Perdana Menteri, andai kata tiada pemuafakatan untuk cubaan merampas kuasa tersebut.

UPKO pulak dikhabarkan tidak mau melayan tawaran yang diberikan kepada mereka untuk sama-sama menyokong kepimpinan Musa maupun Hajiji.

Menurut sumber tersebut, UPKO amat yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Sabah, DSP Shafie Apdal dan sudah berasa pahitnya digelar katak apabila menyokong Warisan dan PH Sabah untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru selepas PRU14 yang lepas.

Senario di blok parti yang berlandaskan KDM juga tidak kurang hebatnya apabila PBS dan STAR tidak mencapai persetujuan dalam isu jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota KDM.

PBS yang mempunyai 4 ADUN banding dengan STAR 3 ADUN tidak bersetuju Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi Timbalan Ketua Menteri. Mereka percaya jawatan tersebut harus diberikan kepada ADUN mereka yang lebih berpengalaman ditambah pulak dengan mempunyai kerusi yang lebih banyak.

Jeffrey dikatakan melobi untuk jawatan tersebut kerana percaya STAR lebih dominan di kawasan KDM berbanding dengan PBS yang kononya sudah tidak relevan selepas perletakan jawatan Huguan Siou, TS Joseph Pairin Kitingan.

Dalam jangkamasa yang sama, PBS dan STAR juga tidak mahukan UPKO berada dalam kumpulan mereka kerana sudah pasti jawatan no 2 akan dibagi kepada Presiden UPKO, DSP Wilfred Madius Tangau kerana UPKO mempunyai 5 ADUN tidak termasuk Tangau (ADUN yang dilantik).

Berdasarkan kepada info ini, usaha untuk merampas kerajaan negeri Sabah dilihat tidak akan berhasil angkara perebutan jawatan dikalangan pemimpin mereka sendiri.

Rakyat Sabah pasti akan menghukum pemimpin-pemimpin yang gila jawatan ini pada PRU15 nanti.

Share this

Leave a Reply