Wakil Rakyat PPBM Sabah menyesal tinggalkan UMNO?

Berita Utama

Sindrom penafian yang pernah dilaungkan oleh Ketua PPBM Sabah, DSP Hajiji Noor terhadap pemimpin UMNO kini meresap kedalam diri mereka sendiri berikutan penafian berlaku perpecahan dalam PPBM Sabah.

Timbalan Ketua PPBM Sabah, DSP Masidi Manjun menafikan perpecahan tersebut dan mengatakan bahawa Hajiji dan mantan Ketua Menteri, TS Musa Aman berkawan baik.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/06/03/no-such-thing-as-a-hajiji-or-musa-group-in-sabah/

Dalam waktu yang sama, tuduhan Hajiji terhadap UMNO itu berasas apabila Pengerusi UMNO Sabah, DS Bung Mokhtar turut menafikan hubungan pemimpin kedua-dua parti tersebut adalah baik.

Mungkin Bung lupa bahawa beliau ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan untuk menyertai PPBM pada Disember 2018 selepas BN tersungkur pada PRU14.

UMNO Sabah hampir lumpuh apabila lebih kurang 32 pemimpin UMNO menyertai Hajiji masuki PPBM. Hanya tinggal Bung dan Musa sahaja wakil rakyat yang tinggal dalam UMNO Sabah pada ketika itu.

Pada Julai 2019, Hajiji mengeluarkan kenyataan bahawa ramai ahli UMNO keluar parti dan masuk PPBM kerana pemimpin UMNO terlibat dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Kenyataan Hajiji itu jelas ditujukan kepada Musa yang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah bernilai RM209.20 juta. Bung dan isteri beliau juga berhadapan tuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta.

Ini menurut ADUN Sulaman itu, menunjukkan betapa pemimpin UMNO berada dalam sindrom penafian kerana manafikan betapa parti iti sudah hilang sokongan peringkat akar umbi.

Namun, kenyataan Masidi yang terbaru ini adalah cubaan beliau untuk menyembunyikan fakta sebenar yang berlaku dalam PPBM Sabah seperti yang Sabah Telus laporkan sebelum ini.

Berita keretakan dikalangan pemimpin PPBM Sabah bukanlah rahsia kerana 5 ADUN mereka dikatakan akan kembali ke pangkuan UMNO untuk memberi sokongan kepada Musa menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru.

Kenyataan ini walaupun disangkal oleh Ketua Penerangan PPBM, Khairul Firdaus Akhbar pada pertengahan Mei lepas, mendapat respon positif pulak daripada UMNO Sabah yang sedia menerima mereka kembali ke pangkuan UMNO.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/579623/amp

Seperti yang dilaporkan oleh Sabah Telus sebelum ini, perpecahan PPBM Sabah timbul berikutan percanggahan siapa yang patut menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya cubaan rampasan kuasa blok pembangkang Sabah berjaya.

Bekas Ketua Setiausaha Politik Musa, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merupakan agen mengumpul Statutory Declaration (SD) dikalangan ADUN Pembangkang di Sabah, berkeras mau Musa kembali menjadi Ketua Menteri sambil disokong oleh 4 ADUN yang lain.

ADUN yang berada dalam kem Nizam adalah Datuk Gulam Haidar Khan (biras kepada Musa), Datuk Ariffin Arif (menantu Musa) dan Matbali Musah ADUN Lumadan yang merupakan mengikut setia kepada anak Musa, Hafez Yamani Musa (MP Sipitang).

Selain Hafez, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris yang merupakan ipar kepada Musa. Mengikut logik, adakah mereka ini akan menidakkan Musa sedangkan mereka ada hubungan kekeluargaan?

Mereka ini dikatakan akan keluar PPBM dan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin sekiranya Musa tidak diangkat sebagai Ketua Menteri.

Tindakan yang sama juga akan diambil oleh Bung sebagai MP Kinabatangan terhadap Muhyiddin jika Hajiji dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah kelak.

Ramai pasti ingat betapa Bung pernah melepaskan kemarahan beliau terhadap Muhyiddin kerana tidak diberi sebarang jawatan ekoran kes rasuah beliau yang masih berjalan.

Bung turut menyuarakan ketidak puasan hati beliau kerana ramai pemimpin PPBM Sabah mendapat jawatan berbanding dengan beliau dan pemimpin UMNO Sabah.

Masalah ini bukan sahaja berlaku diperingkat kepimpinan kedua-dua parti tersebut tapi turut berlaku di akar umbi apabila kedua-dua penyokong bertelagah kerana berebut jawatan pemimpin masing-masing.

Walau bagaimanapun, Hajiji mempunyai sokongan kuat daripada Masidi, Datuk Bobbey Suan (ADUN Nabawan), Datuk Japli Akin (Usukan), Isnin Aliasnih (Klias), Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, DS Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat).

Hajiji telah dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji, Azizah Pengerusi MARA, Ronald adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan manakala Abdul Rahim merupakan Timbalan Menteri Kewangan II.

Keretakan begitu ketara dalam PPBM Sabah kerana kem Nizam hanya menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke pangkuan UMNO agar Musa dapat lebih sokongan untuk menjadi Ketua Menteri baru dalam cubaan rampasan kuasa mereka.

Tindakan ini amat tidak disenangi oleh kem Hajiji yang mahukan ADUN Sulaman itu memimpin kerajaan negeri dan bukannya Musa.

Hubungan tidak baik antara UMNO dan PPBM Sabah juga bukan rahsia tapi cuba disembunyikan oleh pemimpin kedua-dua pihak sehingga kem Hajiji dikatakan enggan memberi SD mereka kepada Nizam jika Hajiji tidak dipilih menjadi Ketua Menteri.

Hajiji mendapat tekanan daripada Muhyiddin untuk berunding dengan UMNO Sabah kerana tidak mahu terlepas jawatan Ketua Menteri selepas kehilangan di Johor dan Kedah.

Kem Nizam pulak tidak mahu menyokong Hajiji kerana Musa berkeras mahu mengambil kembali jawatan yang beliau sandang daripada tahun 2008 hingga 2018.

Perbalahan ini menyaksikan cubaan rampasan kuasa ini melalui jalan buntu walaupun sudah dirancang semenjak awal Mac lalu.

Ends.

Share this

Leave a Reply