USAHA MEMBELI AHLI PARLIMEN DAN ADUN SABAH GAGAL BERKALI2.

Berita Utama

ADUN dan Ahli Parlimen yang memihak kepada YAB Ketua Menteri DSP Mohd Shafie HJ Shafie Apdal kelihatan berprinsip sehinggakan cubaan2 utk mempengaruhi mereka oleh pihak2 tertentu GAGAL Cubaan mereka berkali2 menemui jalan buntu kerana kesetiaan yg tidak di jual beli kpd Shafie dan rakyat Sabah.

Seorang wakil rakyat di khabar kan menyatakan bahawa sekiranya ingin membeli mereka lebih baik beli sekali seluruh rakyat Sabah iaitu laksanakan semua PERJANJIAN 1963( MA63). Ini adalah perjuangan yang harus di capai walau siapa pun yg memerintah kerajaan Pusat.
Pengaruh Parti Warisan Sabah dalam lanskap politik di Malaysia amat ketara apabila menjadi fokus utama UMNO untuk dijatuhkan dengan merampas kerajaan negeri Sabah seperti mana mereka lakukan di Malaya.

Berbekalkan hanya 9 Ahli Parlimen, Warisan dilihat sebagai musuh yang amat kuat untuk ditewaskan tidak seperti PH di Johor, Perak malahan negeri kelahiran Tun M sendiri, Kedah.

Pelbagai cara dilakukan oleh PN untuk menjatuhkan Warisan termasuk menawarkan berjuta Wang Ringgit, jawatan menteri, pengerusi GLC dan sebagainya tidak diendahkan oleh Wakil Rakyat Warisan yang teguh berdiri menyokong kepimpinan YAB Ketua Menteri DSP Shafie Apdal.

Tidak cukup setakat UMNO, PPBM juga turut cuba menarik YB Warisan dan YB blok kerajaan negeri Sabah yang lain untuk menyertai mereka tapi tetap gagal.

Setiausaha Agung PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin telah terbang ke Sabah untuk mengadakan perjumpaan sulit dengan Wakil Rakyat Sabah di Sutera Megallan malam Sabtu lepas.

Dalam keadaan pintu masuk dikawal ketat oleh pihak berkuasa, perjumpaan tersebut yang diatur oleh agen Perikatan Nasional di Sabah, menemui jalan buntu kerana hanya dihadiri oleh YB blok pembangkang di Sabah termasuk kononnya bekas Ketua Menteri yang mempunyai 46 kes rasuah digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan, TS Musa Aman The Vacuum Cleaner.

Pegawai Khas Hamzah yang baru dilantik, Papagomo turut memuatnaik di FB Page beliau kononnya, kerajaan Sabah akan tumbang pada 12 Jun 2020 (Jumaat) apabila Hamzah terbang ke Sabah.

Hakikatnya, Kerajaan Negeri Sabah masih utuh dan stabil walaupun sudah 2 bulan lebih diuar-uarkan oleh cytro upahan UMNO akan tumbang.

Kenapa UMNO dan PPBM amat inginkan Sabah yang mempunyai majoriti yang besar di Dewan Undangan Negeri berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai majoriti hanya 2 ADUN?

Jawapannya mudah, 9 kerusi Parlimen Warisan dan 1 UPKO itu cukup besar nilainya kepada PN untuk kekal menjadi kerajaan persekutuan.

Jika berjaya membeli ADUN Warisan, DAP, PKR dan UPKO, baik UMNO dan PPBM pasti akan memberi tekanan pulak kepada Alhi Parlimen Warisan, UPKO, DAP dan PKR termasuk Shafie untuk memberi sokongan kepada TS Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Musa mengidamkan jawatan Ketua Menteri sehingga dikatakan sanggup membuat pelaburan sehingga RM500 Juta untuk membeli wakil rakyat Sabah supaya menyokong beliau.

Musa dan UMNO amat terdesak untum mendapatkan Sabah kerana mereka pasti tahu kedudukan nyawa-nyawa ikan PN. Biar terlepas di Putrajaya asal Sabah kembali ke tangan beliau.

Kehadiran Hamzah pulak antara lain adalah untuk berunding tentang siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah kerana terdapat perbalahan antara PPBM dan UMNO Sabah yang berebut mahukan jawatan nombor 1 itu.

Agak lucu juga. Angka yang dicari belum mencukupi, jawatan Ketua Menteri sudah menjadi perebutan di antara Pengerusi PPBM Sabah, DSP Hajiji Noor dan Musa.

Selain ‘bershopping wakil rakyat Sabah’ kerajaan PN turut mengunakan kekerasan kepada Warisan yang enggan tunduk kepada mereka.

SPRM digunakan untuk memalitkan arang dimuka Warisan dengan pembongkaran beberapa kes yang kononnya rasuah dan mengubahan wang haram.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony sekali lagi menjadi sasaran seperti apa yang berlaku sebelum PRU14 yang lalu.

Kes lama dibuka semula seterusnya pendakwaan dilakukan dengan tergesa-gesa. Tidak sampai seminggu, kes tersebut sudah dijadualkan untuk dibicarakan di mahkamah sesyen pada Isnin (15 Jun 2020) selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk siasatan pada 9 dan 10 Jun.

Undang-undang apa ini? Kes besar Musa mengambil masa agak lama untuk dibicarakan mengikut prosedur yang betul. Begitu juga kes berprofil tinggi kaki songlap UMNO di Semenanjung.

Kenapa kes Jabatan Air Negeri Sabah yang berjumlah RM114.5 juta masih belum diputuskan selepas terbongkar pada tahun 2015? Kenapa menteri berwajib, TS Pairin Kitingan tidak disiasat? Mustahil seorang menteri tidak mengetahui aktiviti haram tersebut berlaku dalam kementerian beliau sendiri.

Selain Naib Presiden Warisan tersebut, beberapa pemimpin parti blok kerajaan Sabah turut berada dalam radar SPRM untuk ‘dikenakan’.

Seperti mana Ketua Armada PPBM yang menyokong Tun M, Syed Saddiq, pegawai-pegawai bekas menteri Warisan turut disiasat oleh SPRM untuk memberi tekanan kepada Warisan agar tunduk kepada PN.

Kesian plak badan yang penuh berintegriti seperti SPRM diperalatkan oleh UMNO dan PPBM agar mereka kekal menguasai Putrajaya walaupun nasib mereka seperti Telur Dihujung Tanduk.

Shafie telah melaungkan semboyan bahawa Warisan akan lawan habis-habisan demi mempertahankan prinsip memegang mandat yang rakyat telah berikan pada PRU14.

Apa yang pasti, kekuatan prinsip Warisan yang didokong oleh semangat setia kawan UPKO dan PH Sabah terus menjadi perbualan hangat topik politik Malaysia, baik di pihak kerajaan persekutuan maupun pembangkang.

Keangkuhan gabungan PPBM dan UMNO yang menggunakan kekerasan agar mereka boleh terus berkuasa masih GAGAL menumbangkan kerajaan negeri.

Senario ini malahan membangkitkan kembali semangat melawan dikalangan rakyat Sabah terutama sekali penyokong tegar Warisan.

Apa yang pasti, semangat yang ditonjolkan oleh Warisan kini makin menyemarakkan api kemarahan rakyat Malaysia terhadap PN terutama kepada UMNO yang bukan sahaja kaki rasuah malah sering menggunakan kuasa untuk menjatuhkan lawan mereka.

Warisan akan terus lawan dan tidak akan sekali berundur kepada tekanan UMNO dan PPBM.

Ends

Share this

Leave a Reply