RAKYAT SABAH MAKI MENTERI KDN PN

Berita Utama

KDN PN MENCADANGKAN SATU DOKUMEN UNTUK SEMUA MIGRANT DI SABAH IAITU IMM13

Ini satu isu yang cukup menarik bukan setakat 2 tahun lalu tetapi sudah berpuluh – puluh tahun isu ini ditimbulkan cuma sesetengah cendekiawan menggunakan untuk kepentingan politik mereka, pintar tapi….

Berdasarkan artikel dibawah Dato Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri mengsyorkan penggunaan satu dokumen untuk migrant di Sabah iaitu imm13 ( kalau kamu masih ingat pesanan video Jeffrey Kitingan yang cukup hot beberapa bulan lalu tentang isu imm13 ini, beliau mencadangkan pemberian warganegara kepada pemegang imm13 kerana merekalah yang paling layak, bukan saya cakap tapi terang² dalam video).

sila klik artikel dibawah
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/06/14/home-ministry-proposes-single-document-for-sabah-migrants/

Semua Warga Asing Stateless Dan Pelarian Diberikan IMM13

https://www.borneotoday.net/semua-warga-asing-stateless-dan-pelarian-diberikan-imm13/

Hamzah juga mengatakan ada seramai 136,055 (ada yg cakap sampai 600,000🤭) pemegang imm13, Kad burung – burung dan Kad Banci dan beliau mencadangkan mereka diberi imm13 untuk langkah pertama menyelesaikan isu mereka. ( ada dilampirkan gambar contoh imm13)

Tetapi persoalan:

  1. Adakah imm13 ini kalis Pemalsuan kerana ianya adalah hanya sekeping kertas oren dengan detail yang cukup ringkas.
  2. Adakah pemegang imm13 ini dapat dikenalpasti dalam sistem online seperti gambar terkini, cap jari biometrik dan lain – lain isu keselematan yang berdasarkan biometrik (sedangkan rakyat Malaysia sendiri dikenalpasti melalui sistem biometrik)
  3. Apa jaminan bahawa imm13 ni tidak dibuat salinan palsu seperti apa yang telah berlaku sebelum ini.
  4. Bagaimana dengan generasi – generasi mereka yang seterusnya, bagi imm13 juga?
  5. Imm13 seperti yang kita tahu, tiada tarikh luput sama seperti mereka yang memegang imm13 sejak tahun 70an lagi.. adakah mereka akan berada di Sabah untuk 50 tahun lagi?

Timbalan KDN, Jonathan Yassin sendiri akun bahawa imm13 ini tidak diiktiraf oleh negara asal mereka dan ini adalah satu masalah yang KDN hadapi walaupun Hamzah mengatakan bahawa ini adalah satu langkah untuk pemegang imm13 ini untuk mendapatkan paspot mereka tetapi bukankah tujuan asal adalah untuk menghantar mereka semua balik?

Kita minta cendekiawan Jeffrey Kitingan untuk memberi idea beliau, bagi yang bernas dan boleh pakai! Jangan setakat mencadangkan FORUM demi FORUM..

Share this

Leave a Reply